Saturday, July 25, 2009

Thursday, July 23, 2009

BLOG LIST IBU MITHALI 2007 STORY

1. http://psittacula.wordpress.com/2007/11/25/ksah-ibu-mithaliibu-eshah-din/

2. http://keluarga77.blogspot.com/2008/06/wartawan-mak-cik-apa-perasaan-mak-cik.html

3. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-315598.html

4. http://ayzagursoy.wordpress.com/2007/11/22/rahsia-puan-eshah-ibu-mithali-2007/

5. http://adzhaghiz.blogspot.com/2007/11/ibu-mithali.html

6. http://fotowaejo.wordpress.com/2007/11/22/ibu-mithali-2007/

7. http://munira.inter.net.my/2007/11/anugerah-ibu-mithali.html

8. http://hairieusoff.wordpress.com/2007/11/29/peristiwa-semasa-sidang-media-bersama-mak-cik-eshah-ibu-mithali/

9. http://callidesign2.blogspot.com/2007/11/majlis-anugerah-ibu-mithali-2007.html

10. http://www.yadim.com.my/download/borang_pencalonan_ibumithali.pdf


BYK DAH TU...

BH IBU MITHALI 2007

IBU MITHALI


" Esah dianugerah Ibu Mithali: Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memeluk penerima anugerah Ibu Mithali Kesembilan, Esah Din, 70, pada majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Esah yang buta huruf dipilih menerima anugerah itu oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hasil pengorbanannya membesarkan 17 anak dengan pendapatan menoreh getah, menjual kuih, jamu dan menyulam. Sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali 2007, Esah menerima wang tunai RM25,000 serta hadiah iringan termasuk plak, senaskah al-Quran, pakej umrah untuk dua orang, Sijil Simpanan Premium RM1,000, barang kemas bernilai RM8,000, loket emas, selendang serta jubah."

BERITA HARIAN 22/11/2007

Blog Si Puteh;
Paper ari ni citer pasai anugerah ibu mithali..mmg gigih makcik ni besarkan anak2 dia,17 org tue..kdg2 anak 2-3 org pon blom tentu berjaya..makcik ni buta huruf pon boleh bimbing anak2 dia hanya dgn memegang prinsip, 'kalau ada dakwat merah maknanya silap la tue'...mmg makcik ni tere..hehehe teringat kat mak kt kg...selagi kita ada mak bapak kita jenguk depa selalu k,lau xbleh call selalu tanya khabar..kalau dah diorg ditakdirkan xdak nnt apa guna dah kita baru nak balik or baru nk call..just ingatan utk diri sendiri gak..

http://adzhaghiz.blogspot.com/2007/11/ibu-mithali.html
Posted by adzhaghi at 12:06 AM

IBU MITHALI 2007

Rahsia Eshah didik 15 anak hingga ke universiti


IBU MITHALI... Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (kiri) memakaikan selendang khas kepada Eshah Din, 70, yang dipilih sebagai Ibu Mithali 2007 berikutan keupayaannya membesarkan 17 orang anak sehingga berjaya pada majlis penganugerahan Ibu Mithali Ibu Sejati di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Raja Jaafar Ali.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang penoreh getah miskin, Eshah Din, 70, yang membesarkan 17 orang anaknya dengan memberi mereka makan pisang lenyek bercampur nasi dinobatkan sebagai Ibu Mithali 2007.

Seramai 15 orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Eshah yang memenangi Anugerah Ibu Mithali dengan menewaskan empat calon lain menerima hadiah wang tunai RM25,000, plak, naskhah al-Quran, pakej umrah, sijil simpanan premium RM1,000, barang-barang kemas bernilai RM8,000, loket, selendang dan jubah.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah dan hadiah-hadiah tersebut kepada Eshah yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.

Seramai 4,000 tetamu turut menyaksikan acara bersejarah itu yang menobatkan Eshah sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali Kesembilan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Eshah yang berbaju kurung dan bertudung serba hijau diiringi suaminya, Sulaiman Saipin, 74. Sulaiman ialah penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2006.

Seramai 10 orang anaknya bersama keluarga masing-masing turut meraikan kejayaan ibu mereka yang kelihatan tabah dan masih cergas walaupun telah berusia 70 tahun.

Eshah yang ditemui selepas acara penganugerahan itu berkata, kesemua 16 anaknya diberikan makan pisang lenyek bercampur nasi ketika mereka berusia empat bulan kecuali anak bongsunya, Nurhana, kini 27, yang berpeluang makan ‘Nestum’.

“Masa dulu mana ada Nestum. Anak-anak saya diberi makan pisang lenyek dan nasi serta minum susu cap junjung,’’ katanya dalam loghat Jawa disambut gelak ketawa para wartawan.

Dengan hanya berpendapatan RM400 sebulan, ibu yang tidak pernah mengerti penat dan kecewa itu turut menjual mihun dan nasi lemak di estet tempat beliau dan suami bekerja sebagai penoreh getah bagi menambah pendapatan.

“Saya menjual mihun lima sen sebungkus kepada penoreh getah di estet selain menjual jamu yang dibuat sendiri,’’ katanya.

Menurut anak perempuan sulung Eshah, Rosilah, 45, walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan, ibunya tidak pernah merungut tentang kesusahan membesarkan anak-anaknya yang ramai itu.

Beliau berkata, ibunya tidak pernah jemu menemani bapanya menoreh getah di Ladang Malakoff dekat Tawar yang terletak lima kilometer dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah.

‘‘Ibu sanggup mendaki bukit untuk menoreh getah ketika mengandung sembilan bulan dan segala kepayahan ditanggungnya sendiri,’’ katanya sambil menitiskan air mata ketika menceritakan kepayahan ibunya menyara 17 adik-beradiknya.

Rosilah, seorang guru, kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur.

Di kalangan 17 adik-beradiknya, tujuh adalah guru, dua bekas anggota tentera, seorang pegawai kastam, seorang jurutera, tiga akauntan, seorang tukang masak, pegawai alam sekitar dan pengurus ladang.

Katanya, ibunya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan tidak pernah merungut.

Semua masalah dan keperitan membesarkan anak-anak ditanggung sendiri.

‘‘Memang bukan mudah untuk membesarkan 17 orang anak,’’ katanya.

Sebagai anak perempuan sulung dan anak keenam, Rosilah berkata, beliau hanya membantu ibunya di rumah. Abang-abangnya pula menolong bapa menoreh getah di estet.

Makanan

Sementara itu, Eshah ditanya sama ada beliau pernah mengalami keadaan tidak cukup makanan untuk diagih-agihkan kepada 17 orang anaknya.

‘‘Apabila mereka bergaduh kerana berebut makanan yang dihidang, suami saya akan merotan dan melibas mereka kerana cara itu dapat mendisiplinkan mereka.

‘‘Kami berdua tidak makan tak apa asalkan mereka (anak-anak) cukup makan,’’ katanya yang kini mempunyai 80 cucu dan seorang cicit.

Ditanya bagaimana beliau mengajar anak-anak ketika mereka bersekolah, Eshah berkata: ‘‘Saya tidak bersekolah macam mana nak ajar... saya hanya memperingatkan mereka dan bapanya pula jika nampak (dakwat) ‘merah’ itu maknanya anak buat salah.’’

Menurut Eshah, kesemua 17 anaknya lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan baik dan 15 daripada mereka berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading.

Mengenai rahsia kejayaan anak- anaknya dalam pendidikan, Eshah berkata, beliau sentiasa menyuruh anak-anak membaca buku apabila mereka balik dari sekolah.

‘‘Pada sebelah malam, mereka mesti ada di rumah. Saya tidak benarkan mereka tidur di rumah saudara-mara. Kalau susah biar kita sama-sama susah di rumah sendiri,’’ katanya.
Menurutnya, setelah mempunyai 12 orang anak, ada juga orang datang meminta untuk menjaga anak-anaknya tetapi beliau enggan menyerahkan mereka kepada orang lain.

Kini dua orang anaknya tinggal di luar negara iaitu seorang di New Zealand dan seorang lagi di Mesir.

Oleh Norila Daud
Utusan online 22/11/2007

Direction to Kg Kuala Merah

Where is Kg Kuala Merah?

1. Latitude. 5.6°, Longitude. 100.65°

2. From Kuala Lumpur, go North to Kedah thru PLUS Highway, exit Sungai Petani Utara or Selatan Toll, turn to Lencongan Timur and heading East (From Toll almost 20km to reach Kuala Ketil Town). Go straight until reach Kg Tiban/Kuala Samak Signboard and turn left (5km from Kuala Ketil Town). Go further 3km and here we are...

3. Airports close to Kuala Ketil; Penang international(PEN), Penang, Malaysia (96.4km) or Sultan Abdul Halim(AOR), Alor setar, Kedah, Malaysia (127.9km)

3. Airfields or small airports close to Kuala Ketil; Butterworth, Penang, Malaysia (58.4km)

Thursday, July 16, 2009

Hj Sulaiman & Hjh Eshah - List Cicit (Update July 09)

Bil / Nama / Tarikh Lahir / Ibu Bapa
1. HANI HAZIQAH BT HAZREE (18.5.2006) SITI SUHIZA BT AHMAD (IBU) & HAZREE BIN YAACOB (BAPA)

2. AFIF FIKRI BIN FAHIR (21/4/2008) NORYANI LYDIA YAHAYA (IBU) & FAHIR ZULKIFLI (BAPA)

3. ANAK SHAH RIZAL

4&5. DAMIA ARISSA BINTI SHAHIDAN & DANISH ASYRAAF BIN SHAHIDAN (20/6/2009) SHAHIDAN BIN ISHAK (BAPA) & AIMI ELYNA BINTI HUSSIN (IBU)

6.

Hj Sulaiman & Hjh Eshah - List Cucu (Update July 09)

Bil / Nama / Tarikh Lahir
1 SHAH RIZAL BIN ISHAK 09-09-1978
2 SHAHIDAN BIN ISHAK 17-08-1981
3 NORYANI LYDIA BT YAHAYA 09-01-1982
4 SITI SUHIZA BT AHMAD 11-06-1982
5 NUROLNOR BT ISHAK 11-06-1983
6 MOHD FAZLY HAFIZ BIN YAHAYA 18-09-1983
7 NURUL HUDA BT ISHAK 24-06-1985
8 PUTERI AFDZAL BT AHMAD 20-12-1985
9 MOHD FAIZAL HAFIZ BIN YAHAYA 23-01-1986
10 NURHASYIMAH BT AHMAD 30-11-1987
11 MOHD FARIDZUL HAFIZ BIN YAHAYA 16-02-1988
12 SITI SAFURAH BT HJ SAFFINEE 03-06-1988
13 SADRUDDIN RABANI BIN HJ ZULBAHAR 08-11-1989
14 MOHD FIRDAUS BIN OMAR 23-01-1989
15 HANISAH MUNIRAH BT ABD AZIZ 30-04-1989
16 SITI SYAHIRAH BT HJ SAFFINEE 19-02-1990
17 AIMI NADIRAH BT AB MALEK 04-06-1990
18 ATIQAH AQILAH BT HJ ZULBAHAR 18-09-1990
19 NUR ASYIKIN BT OMAR 02-12-1990
20 SAFWAN BIN ABD AZIZ 03-04-1991
21 AHMAD AIMULLAH BIN AB MALEK 23-01-1992
22 MOHD NAIM BIN OMAR 12-02-1992
23 MUHAMMAD KHARUDDIN BIN AHMAD 26-02-1992
24 SYAZWAN BIN ISHAK 02-06-1992
25 SITI SOLEHAH BT HJ SAFFINEE 12-06-1992
26 ARIF BADIUZZAMAN BIN HJ ZULBAHAR 04-08-1992
27 ADIBAH BT ABD AZIZ 01-09-1992
28 NORYANI NADIA BT YAHAYA 13-10-1992
29 NADIAH BT OMAR 23-02-1993
30 AHMAD BURHANUDDIN BIN SHAHABUDIN 18-09-1993
31 MOHD FARIDZUAN HAFIZ BIN YAHAYA 20-11-1993
32 SITI SUHAILAH BT HJ SAFFINEE 19-12-1993
33 MOHD ITQAN BIN ZULKIFLEE 11-05-1994
34 AIMI KARTINI BT AB MALEK 29-09-1994
35 MOHD ADLI BIN OMAR 02-10-1994
36 AHMAD AZIMUDDIN BIN SHAHABUDIN 22-12-1994
37 IMADUDDIN RABANI BIN HJ ZULBAHAR 08-03-1995
38 MUHD HAADII BIN ISHAK 22-05-1995
39 AIMAN BIN ABD AZIZ 12-11-1995
40 NORYANI NATASHA BT YAHAYA 12-11-1995
41 MOHD IRFAN BIN ZULKIFLEE 10-04-1996
42 ILYANI BT OMAR 20-04-1996
43 AJMAL SYAHIR BIN ABD TALIB 24-07-1996
44 AHMAD KAMAL ARIF BIN SHAHABUDIN 03-11-1996
45 AMIRAH AQILAH BT HJ ZULBAHAR 02-02-1997
46 ABDULLAH RAIHAN BIN HJ SAFFINEE 27-07-1997
47 HANIS MARDHIAH BT ABD TALIB 23-12-1997
48 MOHD NAJIB BIN OMAR 17-01-1998
49 MUHAMMAD AFIQ BIN AHMAD 24-04-1998
50 AUNI NADHIRAH BT SHAHABUDIN 09-11-1998
51 NUR INSYIRAH BT ZULKIFLEE 17-11-1998
52 IZZAH BT ABD AZIZ 03-12-1998
53 MOHD FAKRUL HAFIZ BIN YAHAYA 28-06-1999
54 MUHAMAD AQIL MAZIZ BIN ABD TALIB 04-09-1999
55 YUMNI BT ABD AZIZ 01-09-2000
56 MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD ZAMRI 04-03-2001
57 UKAIL MAZIZ BIN ABD TALIB 12-05-2001
58 MOHD IZZUDDIN BIN ZULKIFLEE 22-07-2001
59 IFFAH HANNAN BT AHMAD MUNIR AKRAM 27-06-2002
60 MUHAMMAD HAFIDZ BIN MOHD ZAMRI 10-09-2002
61 AKIDDANIAL BIN MOHD NOR 09-11-2002
62 NURIN DALILAH AMANI BT ABD TALIB 27-02-2003
63 AHMAD AZRI BIN AB MALEK 02-03-2003
64 AHMAD YUSRI BIN AB MALEK 02-03-2003
65 FATIN DANIELA BT ABU BAKAR 20-04-2004
66 MOHD IZHARUDDIN BIN ZULKIFLEE 24-04-2004
67 AZRA AKIN BT MOHD NOR 03-06-2004
68 FARAH AFNAN BT AHMAD MUNIR AKRAM 01-09-2004
69 NOOR NAJEEHA BT NOOR AZMAN 22-11-1005
70 AIMI NASUHA BT AB MALEK 17-02-2006
71 NURUL QISTINA BT ABD TALIB 07-04-2006
72 MUHAMMAD HAREEZ BIN MOHD ZAMRI 04-05-2006
73 MUHAMMAD BENJAMIN BIN ABU BAKAR 07-10-2006
74 NOOR NAJHAN BIN NOOR AZMAN 13-11-2006
75 SUHA RAISAH BT MOHD NOR 11-04-2007
76 AHMAD QAYYIM ZUHDI BIN AHMAD MUNIR AKRAM 24-10-2007
77 HARITS MIKAIL BIN ABU BAKAR 07-11-2008
78 ANAK TALIB NO 6
79 ANAK AINUN NO 4
80

Hj Sulaiman & Hjh Eshah - List Anak (Update July 09)

Bil Nama (Umur/Tarikh Lahir) Profession
1 Ishak bin Hj. Sulaiman (56 / 1.11.1953) Senior Trainer di KISMEC
2 Yahaya bin Hj. Sulaiman (54 / 28.6.1955) Pesara Tentera/Penternak
3 Ahmad bin Hj. Sulaiman (53 / 1.10.1956) Guru SK Tawar, Baling
4 Ab. Malek bin Hj. Sulaiman (51 / 2.12.1958) Pengetua SM Baling
5 Abdul Aziz bin Hj. Sulaiman (49 / 24.9.1960) Pengetua SMK Batu 5, Gurun
6 Hjh Rosilah bt Hj. Sulaiman (47 / 29.3.1962) Guru SK Tmn Kop Polis 2 KL
7 Hj Saffinee bin Hj. Sulaiman (46 / 1.7.1963) Peg. Alam Sekitar, Putrajaya
8 Hj.Zulbahar bin Hj. Sulaiman (44 / 2.1.1965) Guru SM Jerai, Baling
9 Zulkiflee bin Hj. Sulaiman (43 / 17.6.1966) Penguasa Kastam Butterworth
10 Shahabudin Hj. Sulaiman (42 / 1.9.1967) Site Manager MRCB
11 Abdul Talib bin Hj. Sulaiman (40 / 1.6.1969) PK Guru SM Sains Pokok Sena
12 Mohd. Nor bin Hj. Sulaiman (38 / 1.4.1971) Bekerja Sendiri.
13 Ainon binti Hj. Sulaiman (36 / 3.3.1973) Peg. Akaun Klinik Bersatu, SP
14 Noraini binti Hj. Sulaiman (35 / 1.6.1974) Pensyarah PSSB, Kulim Kedah
15 Noraida binti Hj. Sulaiman (33 / 6.8.1976) Kaherah, Mesir.
16 Abu Bakar bin Hj. Sulaiman (32 / 31.12.1977) Paris, Perancis.
17 Nurhana binti Hj. Sulaiman (29 / 27.1.1980) Guru, SK Paloh Hinai, Pekan.